Home Berita PAS Selangor

Sumbangan kebajikan PAS Kuala Selangor – PAS Kawasan Kuala Selangor

15
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

KUALA SELANGOR, 24 Julai – Timbalan YDP PAS Kawasan Kuala Selangor, Ustaz Mohd Noor bersama team kebajikan PAS DUN Jeram meluangkan sedikit masa hari cuti hujung minggu ini dengan menyampaikan sedikit bantuan makanan harian kepada mereka yang memerlukan.

Menurut laporan, beliau dan team telah turun menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada rakan-rakan berbangsa India disekitar DUN Jeram. Para penerima digambarkan sangat gembira dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan tersebut.

Diharapkan agar kita semua dapat hidup harmoni walaupun berlainan agama dan bangsa bagi memastikan kestabilan negara yang tercinta ini.

Marilah kita terus menghulurkan sumbangan kepada tabung bakul makanan PAS DUN Jeram agar dapat kita sama-sama membantu mereka yang memerlukan.

Bagi yang ingin menyumbang boleh salurkan ke :-

Bank : Maybank Berhad
No. akaun : 5628-4352-0969
Akuan : PAS CAWANGAN FASA 2
Hubungi wakil PAS DUN Jeram ditalian :
012-3000949 (Tn. Hj Mohamad Ismail)

Semoga segala usaha kita sehingga hari ini membuahkan hasil dan diiringi dengan doa daripada mereka yang mendapat manfaat daripada sumbangan yang kita berikan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor