Home Berita PAS Selangor

Selami perasaan masyarakat Shah Alam – PAS Kawasan Shah Alam

12
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Shah Alam

Oleh : PAS Kawasan Shah Alam

SHAH ALAM, 24 Julai – Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani tidak melepaskan peluang untuk menyantuni masyarakat di sekitar Shah Alam apabila turun padang menghulurkan Pek Barangan Asas serta mengagihkan daging korban.

Sejumlah 7 lembu dan 31 ekor kambing dikorbankan menerusi Program Ibadah Korban pada hari raya ketiga dibungkus dan diagihkan kepada warga Shah Alam semalam. Selain daging korban, turut diagihkan barangan pek keperluan asas untuk mereka yang terkesan akibat pandemik.

Penerima OKU berkerusi roda di Ken Rimba antara yang mendapat perhatian. YDP PAS Kawasan Shah Alam telah melahirkan perasaan pilu dan bersyukur kerana disantuni oleh YDP PAS Shah Alam yang juga pendakwah terkenal tanah air itu.

Menurut Ustaz Ahmad Dusuki, ziarah berkenaan sebagai tanda prihatinnya selain platform untuk merapatkan silaturahim antara beliau dan masyarakat setempat.

Hadir bersama adalah Ahli Jawatankuasa dan Dewan Pemuda PAS Shah Alam yang telah banyak bertungkus lumus sepanjang PKP dalam kerja-kerja menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkesan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor