Home Berita PAS Selangor

Relawan dan aktivis PAS Kota Raja disantuni – PAS Kawasan Kota Raja

3
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

KOTA RAJA | PAS Kawasan Kota Raja Melalui NGO KRCAMAL SELANGOR sentiasa menunjukkan sifat kepedulian dan keprihatian kepada rakyat mahupun sesama pasukan relawan mereka. Aktiviti kebajikan mereka juga tidak terhad, hanya kepada rakyat yang memerlukan malah turut merangkumi ahli-ahli yang perlukan bantuan.

1. Seorang relawan amal KARCAMAL SELANGOR, Puan Kody Sivasubramaniam baru-baru ini telah kehilangan suami beliau disebabkan virus Covid-19. Beliau juga kini sedang berkuarantin di rumah. Sementara anak beliau pula dikhabarkan negatif Covid-19.

2. Seterusnya, seorang lagi relawan amal KRCAMAL SELANGOR Puan Nirmala Devi yang telah membuat ujian PCR kerana ada kontak rapat dengan pesakit Covid. Dikhabarkan beliau disahkan positif Covid-19 dan anak beliau adalah negatif.

May be an image of 1 personMenurut KRCAMAL SELANGOR kedua-dua mereka ini adalah relawan amal dan aktivis PAS Kota Raja yang sangat rajin dan komited kepada kerja-kerja kebajikan.

Puluhan program mereka bersama KRCAMALSELANGOR malah mereka berdua turut menyertai Jelajah Dakwah ke Pulau Ketam, Pulau Carey dan Estate Jeram termasuk Jelajah Dakwah ke-4 di Rumah Anak Yatim Ulin Nuha. Selain itu, puluhan lagi program kebajikan di sekitar Parlimen Kota Raja yang telah mereka sertai.

Sedikit bantuan telah diberi kepada mereka berbentuk makanan dan sedikit wang tunai, air minuman diberi nama ‘Barakah’ turut di sampaikan. Air ini dihasilkan oleh dua orang doktor perubatan melalui bahan-bahan organik dan ianya berpotensi untuk membantu sistem pertahankan badan.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor