Home Berita PAS Selangor

Sumbangan Jumaat Barakah Lajnah Kebajikan PAS Gombak dan NGO Ma’ruf Care – PAS Gombak

13
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Telah menjadi rutin bagi Lajnah Kebajikan PAS Gombak dan NGO Ma’ruf Care menerima sumbangan orang ramai pada setiap pagi hari Jumaat mengambil keberkatan pada hari tersebut. Sumbangan orang ramai itu diagihkan dalam bentuk barangan keperluan kepada masyarakat yang memerlukan.

Pada program Jumaat barakah kali ini, sukarelawan Ma’ruf Care turun menyantuni para asnaf dan fakir miskin di sekitar Kg Desa Mukmin dengan menyumbang juadah Jumaat Barakah kepada mereka. Terserlah senyuman manis kegembiraan yang terukir dibibir mereka setelah menerima juadah tersebut.

Seterusnya, sukarelawan Ma’ruf Care menyerahkan beberapa pek makan tengah hari kepada para frontliners pasukan polis yang bertugas di Batu 7, Gombak Utara. Mereka juga turut ziarah mahabbah ke rumah YDP PAS Gombak Ust Salehuddin dan menyerahkan sedikit pek makanan tengahari kepada beliau.

Semoga dengan sedikit kebaikan yang dilakukan secara istiqamah ini dapat mengembalikan senyuman sesetengah mereka yang memerlukan perhatian yang lebih dan juga semoga diberi ganjaran yang lebih baik di sisi Allah SWT, InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor