Home Berita PAS Selangor

PJ Selangor bersama Khidmat Malaysia santuni frontliners hospital kerajaan – PJ PAS Selangor

6
SHARE

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Banting, Kuala Langat | Pengagihan Tabung Bencana COVID terus digerakkan oleh Khidmat Malaysia Negeri Selangor bersama NGO Syabab Care Malaysia, Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH) dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor. Pergerakkan kebajikan ini terus menyantuni barisan hadapan dengan sumbangan Prihatin Covid-19 kepada Hospital Banting, Kuala Langat.

Program Santuni Frontliners kali ini turut sama dihadiri bagi membuat penyerahan sumbangan adalah YB Dato Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ketua Pengarah Operasi Tabung Bencana Covid-19 juga merupakan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia Pusat. Sumbangan telah diserahkan kepada wakil Hospital Banting Kuala Langat.

Sumbangan ke Hospital Banting kali ini merupakan barangan bernilai RM6.5 ribu keseluruhan termasuk “Faceshield premium” 2,000 Unit, makanan segera, roti, biskut, air kotak dan sebagainya.

Semoga segala sumbangan yang telah diberikan dapat memberi manfaat dan meringankan sedikit beban yang ditanggun oleh para frontliners negara yang bertukus lumus berhadapan dengan wabak Covid-19 demi mengembalikan negara kepada seperti yang sediakala dan juga semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan keselamatan kepada para frontliners ini InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor