Home Berita PAS Selangor

Daftar dan ambik vaksin cara terbaik pulih Covid-19 – Pengarah JAMN Selangor

8
SHARE

May be an image of text that says "JUMLAH KUMULATIF PEMBERIAN DOS VAKSIN NEGERI SELANGOR) 23 JUN #VEKSAN_SEMUA 스성세 22JUN 763,987 20 JUN 700,693 19 JUN 642,249 251,260 18 JUN 626,510 226,093 17 JUN 208,031 607,142 207,077 580,341 202,143 DOS1 195,315 DOS Diterbitkan Oleh: JAWATANKUASA VAKSIN NEGERI SELANGOR LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA"

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Bangi | Kempen kesedaran kepada masyarakat akan keperluan mendaftar vaksinasi dalam My Sejahtera dan mengambil suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) perlu diteruskan bahkan dipertingkatkan.

Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor Tuan Shehdi Hazrik Shamsudin ketika dihubungi memaklumkan bahawa jalan keluar yang ada setakat ini adalah dengan mengambil suntikan vaksin. Bagi melandaikan lekukan Covid-19 dan mengembalikan semula kehidupan secara normal.

“Jumlah kumulatif pemberian dos vaksin juga semakin hari telah meningkat di Negeri Selangor. Ayuh sama-sama kita mendaftar dan mengambil suntikan vaksin. Bantu petugas barisan hadapan berperang dengan virus Covid-19” jelas beliau lagi yang juga merupakan penggerak utama Taskforce Vaksin Negeri Selangor.

Lindung Diri, Lindung Semua

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor