Home Berita PAS Selangor

Sumbangan ikan dan sayuran segar kepada mereka yang memerlukan – KP PAS DPPN Selangor

9
SHARE

 

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sungai Buloh | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor telah menjalankan program penyerahan ikan dan sayur segar sebagai bekalan barang basah kepada mereka yang memerlukan kerana terjejas kesan pandemik Covid-19 ini yang melanda negara kita dan telah melumpuhkan segala pencapaian ekonomi negara mahupun inividu.

Menurut Ustaz Hanafi Zulkapli selaku Ketua Pemuda PAS Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, mereka telah mensasarkan seramai 200 penerima pada program mereka ini. Beliau juga mengkalungkan ucapan tahniah kepada semua anak muda, pemuda PAS Negeri Selangor yang membantu menjayakan program.

Daripada usaha yang kecil dalam membantu, namun yakinilah sejuta kegembiraan bagi mereka yang dapat menikmati kesegaran ikan dan sayur buat santapan bersama keluarga. Semoga sumbangan kecil ini dapat membawa kegembiraan buat seluruh keluarga mereka yang menerima, InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor