Home Berita PAS Selangor

Program kebajikan tanpa sempadan KRCAMALSELANGOR – PAS Kawasan Kota Raja

24
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kota Raja | PAS Kawasan Kota Raja melalui NGO KRCAMALSELANGOR membawakan Program Kebajikan Tanpa Sempadan selari dengan aktiviti mereka yang sangat istiqamah dalam membantu rakyat atau penduduk kawasan Kota Raja yang memerlukan.

هل تنصرون وترزقون الا بضعفاءكم

“Ketahuilah, kemenangan kamu akan dipermudahkan dan rezeki kamu akan dipermurahkan dek kerana doa yang diungkapkan oleh para dhuafa’ di kalangan kamu” (HR Imam Bukhari)

1. Hari mereka dimulakan dengan berita gembira apabila seorang Asnaf KRC Pn Yanti telah dikhabarkan selamat menjalani pembedahan hasil sumbangan KRCAMALSELANGOR dan para penyumbang serta penyokong-penyokong KRCAMALSELANGOR.

Kesakitan dan deritanya kerana ketumbuhan pada mata dan menyebabkan tidak boleh tidur berhari-hari. Derita beliau telah berlarutan sejak lebih setahun lamanya. Menurut mereka, Doktor pula menasihatkan agar pembedahan dilakukan segera kerana boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Usaha mengumpul dana yang bermula pada bulan Mac telah dilakukan bersama beberapa NGO lain dan individu perseorangan kerana kos pembedahan yang agak tinggi. Semoga beliau cepat kembali sembuh.

2. Pasukan Relawan Amal meneruskan aktiviti kebajikan lockdown. Keluarga Tionghua antara yang menerima bantuan pek kecemasan lockdown KRCAMALSELANGOR.

May be an image of indoor3. Relawan KRCAMALSELANGOR telah mempersiapkan 30 pek kecemasan lockdown untuk disalurkan kepada kariah Masjid Al-Hidayah Kelana Jaya.

May be an image of one or more people and people standing4. Seterusnya penyerahan 20 Pek Kecemasan Lockdown kepada Setiausaha Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya bagi disumbangkan kepada penduduk yang terjejas dan memerlukan bantuan.

May be an image of 1 person and standing

5. Sempena ualng tahun ke-4 KRCAMALSELANGOR, Pihak Pusat Operasi telah mengedarkan 35 kampit beras dan 70 kilogram ikan segar untuk ibu-ibu tunggal, guru-guru PASTI sekitar Jalan Kebun dan Asnaf yang benar-benar susah.

Setiap penerima telah menerima sekampit beras dan 2 kilogram ikan pelbagai jenis. InsyaAllah, edaran beras dan ikan akan diteruskan lagi.

May be an image of 1 person, standing and indoor6. Hari ini mereka telah mencatat sejarah tersendiri melalui KRCINDUSTRI yang sudah membeli dan menempatkan peralatan untuk operasi kilang pemprosesan makanan halal. Doakan projek ini dapat membantu memperkasa ekonomi ummah dan Asnaf KRCAMALSELANGOR.

May be an image of 2 people and people standing

7. Aktiviti terakhir KRCAMALSELANGOR adalah mereka kembali dengan Program Prihatin Mahasiswa 16.0 di Kolej Ibnu Sina. Sebak terasa apabila dimaklumkan lockdown, Kafe Kolej tidak dibuka dan mereka terpaksa menempah makanan dari luar dengan kos yang lebih mahal.

Kehadiran mereka membawa berita gembira untuk mereka. Sebanyak 100 pek makan malam yang KRCAMALSELANGOR hantar untuk mereka. Program ini adalah dengan kerjasama Pengetua dan Jawatankuasa Tindakan Kolej Ibnu Sina.

Semoga mahasiswa perubatan di kolej ini diberikan sedikit kegembiraan untuk meneruskan perjuangan sebagai mahasiswa yang cemerlang dunia dan akhirat.

May be an image of 3 people and headscarf

Mari sama-sama doakan misi KRCAMALSELANGOR untuk menjadi intiti Pilihan Ummah 2025 tercapai.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor