Home Berita PAS Selangor

LKP Gombak bersama NGO Ma’ruf Care sampaikan juadah barakah – PAS Kawasan Gombak

5
SHARE

Lajnah Kebajikan PAS Gombak bersama NGO Ma’ruf Care Sampaikan Juadah Barakah Buat Mereka Yang Memerlukan – Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Lajnah Kebajikan PAS Gombak bersama NGO Ma’ruf Care masih dapat meneruskan akiviti mereka pada setiap hari Jumaat, menyampaikan juadah barakah yang di kongsikan oleh para penyumbang buat keluarga-keluarga yang memerlukan. Mungkin bagi kita apalah sangat tetapi mungkin bagi mereka yang mempunyai ramai anggota keluarga ditambah pula terhalang mencari rezeki dalam tempoh pkpd sekarang kehadiran sukaarelawan Maaruf care sangat disyukuri.

Menurut kenyataan salah seorang sukarelawan Ma’ruf Care, beliau menceritakan bahawa, ” para penerima sehingga bertanyakan kepada mereka, minggu hadapan ada ke lagi makanan buat kami”. Mereka hanya mampu berkata inshaAllah, selagi ada insan yang berkongsi rezeki dengan memberikan sumbangan dan juga jika tiada halangan lain, InshaAllah mereka akan sampai dan memberikan rezeki yang ada.

Lajnah Kebajikan PAS Gombak bersama NGO Ma’ruf Care mengucapkan jutaan terima kasih buat para penyumbang yang telah membantu mereka menceriakan para penerima dengan sedikit perkongsian rezeki dan juga buat pihak berkuasa yang telah memberi keizinan kepada mereka untuk membantu menjaga kebajikan komuniti yang memerlukan.

Terima kasih juga diucapkan buat dua orang sukarelawan Maaruf Care yang sangat komited dan istiqamah iaitu kak Jah dan kak Mas yang turun menyampaikan juadah kepada individu-individu tersebut. mereka yang memerlukan.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor