Home Berita PAS Selangor

Sumbangan buat penduduk bukan warganegara yang terkesan – PAS Kawasan Ampang

12
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Ampang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Kini wabak Covid-19 yang menyerang negara kita telah menjatuhkan dan melumpuhkan segalanya daripada segi ekonomi dan sebagainya, tidak kira tua atau muda, warganegara atau bukan dan lain-lain lagi.

Memetik sebuah hantaran media sosial PAS Kawasan Ampang, menyatakan bahawa Pusat Khidmat PAS Ampang telah menyampaikan set bakul makanan kepada beberapa orang bukan warganegara disekitar Bandar Baru Ampang yang terkesan akibat wabak Covid-19.

Menurut kenyataan itu lagi, penerima-penerima tersebut bekerja dengan gaji hari. Mereka hilang punca pendapatan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi memutuskan rangkaian Covid-19 yang mengganas dan sumbangan tersebut telah disampaikan oleh saudara Najib mewakil Pusat Khidmat PAS Ampang.

Semoga segala bantuan yang diberikan dapat meringankan sedikit beban dan ujian yang dihadapi oleh mereka ini InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor