Home Berita PAS Selangor

Dr Yunus santuni masyarakat Orang Asal dalam program vaksinasi – Pesuruhjaya PAS Selangor

12
SHARE

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Kuala Langat | Dalam usaha merancakkan kempen vaksinasi bagi mencapai tahap maksimum seluruh rakyat, tidak ketinggalan masyarakat dan komuniti orang asal. Penduduk orang asal mempunyai bilangan yang signifikan bagi menjayakan kempen ini.

Ahli Dewan Negeri Sijangkang YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor turut hadir meraikan dan menjayakan Program Pendaftaran Vaksinasi Masyarakat Orang Asal di Kampung Bukit Cheeding dan sekitarnya.

Pesuruhjaya PAS Selangor itu sempat beramah mesra dengan masyarakat dan mengikuti program yang dilaksanakan. Sambutan yang cukup baik juga kesedaran yang tinggi ditunjukkan setelah mendengar taklimat yang disampaikan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor