Home Berita PAS Selangor

Program edaran juadah makan tengahari – Dewan Muslimat PAS Bangi

3
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Bangi | Dikala waktu sukar pandemik Covid-19 yang menjejaskan dan melumpuhkan segalanya di negara kita Malaysia, tidak semua orang berani untuk keluar samadam memberi bantuan dan sebagainya kerana takutkan wabak yang membawa maut tersebut.

Namun, masih juga terdapat gerakan-gerakan yang berani seakan-akan frontliners yang mengorbankan keselamatan diri demi membantu yang lain.

Itulah yang perkara yang dilakukan oleh Muslimat PAS Bangi yang membantu mengembirakan mereka yang memerlukan dengan meghulurkan sedikiit bantuan buat mereka bagi meringankan sedikit beban mereka. Walaupun nampak sangat ringkas tetapi ia mungkin adalah segalanya buat mereka yang menerima.

Dewan Muslimat PAS Bangi bersama-sama Jabatan Amal Bangi sekali lagi telah mengedarkan juadah makan tengahari di Flat Taman Rakan, Kajang buat mereka yang memerlukan. Turut bersama hadir menjayakan program adalah YDP PAS Bangi, Ustaz Shafie Ngah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor