Home Berita PAS Perlis

PAS Kangar serah kerusi roda

92
SHARE

Oleh: MUHAMMAD HADI

KANGAR, 13 Ogos: PAS Kawasan Kangar telah menyerahkan sebuah kerusi roda kepada seorang penerima warga emas yang menghadapi kesukaran untuk bergerak, semalam.

Penyerahan dibuat oleh Pengarah JPRD Bintong, Abd Jamil Kamis kepada Bunga Md. Akib di rumahnya di Kampung Tebing Tinggi, dekat sini.

Turut hadir dalam sesi penyerahan tersebut, Ketua Halwa JPRD Bintong, Sarimah Ratiman.

Menurut Jamil, kerusi roda berkenaan disumbangkan oleh Ahli Parlimen Arau, Dato’ Seri Shahidan Kassim.

“Alhamdulillah, hasil daripada program ziarah yang dijalankan oleh muslimat, PAS Kawasan Kangar menerima maklumat terdapat seorang warga emas yang perlu diberikan bantuan.

“Justeru, atas ihsan daripada Dato’ Seri Shahidan Kassim, pada hari ini, JPRD Bintong telah menyerahkan satu unit kerusi roda kepada Puan Bunga bagi membolehkan beliau bergerak dengan lebih selesa,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.