Home Berita PAS Selangor

Hantaran bantuan makanan kecemasan – PAS Kawasan Selayang

22
SHARE

No photo description available.

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Selayang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Selayang | Kini rakyat yang berada dalam kesusahan semakin terdesak akibat terlalu lama kehabisan bekalan makanan dan kehilangan sumber pendapatan keluarga. Ada kes, dimana seorang individu yang terpaksa meminjam duit RM7 daripada tabung masjid kerana tidak makan selama 3 hari.

Team Kebajikan PAS Selayang telah menghantar pek makanan kepada sebuah keluarga yang sangat memerlukan bantuan secara terdesak. Setelah mendengar berita tentang keadaan keluarga tersebut PAS Selayang bergegas menghantar beberapa orang petugas ke rumah mereka.

Petugas Team Kebajikan PAS Selayang, menghantar pek makanan asas dan pampers, cuma sedikit terkilan sebab mereka kehabisan stok susu kerana keluarga tersebut ada anak kecil berumur baru 3 tahun dan kata bapa anak tersebut susunya dah takda sangat, beliau baru sahaja beli susu pek kecil, katanya mungkin tahan sehari dua sahaja.

Si isteri pula sekarang dalam keadaan tidak sihat, banyak urusan di rumah diurus semua oleh si suami ini. Insyaallah, Team PAS Selayang akan usaha untuk dapatkan susu untuk adik ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor