Home Berita PAS Selangor

Sumbangan ‘Bakul Makanan’ kepada pemandu teksi dan van sekolah – PAS Kawasan Petaling Jaya

10
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Petaling Jaya

Oleh : Umar Al-Hayawi

PETALING JAYA, 13 September – PAS Kawasan Petaling Jaya semalam telah melaksanakan penyerahan sumbangan ‘Bakul Makanan’ Perikatan Nasional kepada para pemandu teksi dan van sekolah disekitar kawasan Petaling Jaya.

Penyerahan sumbangan bertempat di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Petaling Jaya. Sebanyak 80 unit ‘Bakul Makanan’ telah diserahkan kepada mereka. “Mereka adalah antara golongan yang paling terkesan sejak perlaksanaan PKP dikuatkuasakan”.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YDP PAS Kawasan Petaling Jaya, Ustaz Ghazali Shaari secara pandu lalu. Turut hadir bersama para pimpinan PAS Kawasan Petaling Jaya, menyantuni penerima-penerima sumbangan.

May be an image of 1 person, standing, car and road

Semoga sedikit bantuan yang telah dihulurkan ini sedkit sebanyak dapat memberi manfaat kepada para penerima dan juga semoga bantuan tersebut dapat meringankan beban yang dipikul mereka dalam meneruskan kehidupan dimusim pandemik COVID-19 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor