Home Berita PAS Selangor

Purnama hadir santuni ahli – PAS Kawasan Gombak

8
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

GOMBAK, 13 September – Tabung Kebajikan Purnama kembali beraksi melalui wakilnya, menziarahi dan menyantuni waris keluarga Allahyarham Razman Mohamad Ali serta Allahyarham Tuan Hj Suhaili.

Dalam ziarah tersebut, Purnama telah menyerahkan sedikit sumbangan kewangan serta sokongan sosial kepada ahli keluarga yang ditinggalkan oleh dua permata perjuangan Islam, PAS Gombak ini.

“Sudah menjadi tanggungjawab Purnama untuk menjaga kebajikan ahlinya sehingga yang termampu”.

Semoga bantuan serta sokongan yang telah diberi dapat mengubat sedikit luka dihati ahli keluarga Allahyarham dan juga semoga Allah SWT merahmati roh mereka dan menempatkan mereka dikalangan orang-orang beriman.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor