Home Berita PAS Selangor

Bantuan prihatin Covid di Bukit Sentosa 2 – PAS Kawasan Hulu Selangor

12
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Selangor

Oleh : Muhammad Alauddin

BUKIT BERUNTUNG, 12 September – YDP PAS Hulu Selangor telah menyantuni seramai 10 penerima di Taman Kemboja 4B dan 10 penerima lagi di Pangsapuri Seri Kemboja.

Kehadiran daripada Pengerusi persatuan penduduk Kemboja, Pengerusi KRT Pangsapuri Seri Kemboja, Ketua Cawangan, AJK dan Muslimat telah menyambut YDP PAS Hulu Selangor untuk menyampaikan bakul makanan kepada 10 penerima, manakala 10 penerima lagi penyampaian diadakan di Dewan Komuniti Pangsapusi Seri Kemboja.

Rasa sayu hati bila mendengar khabar seorang ibu tunggal yang kehilangan suami sebab Covid. Oleh itu YDP hulurkan sumbangan prihatin kepada beliau di Taman Bunga Raya Apartment Kenanga. Semoga ibu ini tabah hadapi ujian dan dipermudahkan segala urusannya.

May be an image of 2 peopleAlhamdulillah, penerima berasa amat terima kasih kepada PAS Hulu Selangor kerana terus cakna dengan komuniti penduduk dengan bantuan prihatin ini. Semoga Allah SWT memberkati kepada penyumbang.

May be an image of 5 people, indoor and text“Alhamdulillah, Kesempatan juga bertemu sahabat-sahabat di warung Telipot singgah minum sebentar” kata YDP. Sambil menyantuni sahabat-sahabat beliau di warung tersebut.

PAS Hulu Selangor mengucapkan Tahniah dan terima kasih kepada petugas PAS Hulu Selangor dan para penyumbang kerana menjayakan program bantuan prihatin ini. Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang ditimpa musibah akibat Covid.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor