Home Berita PAS Selangor

Sumbang bakul makanan tanpa perlu angkat bendera putih – PAS Kawasan Shah Alam

67
SHARE


Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Shah Alam

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Shah Alam | PAS Kawasan Shah Alam bergiat aktif dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat. Bahkan sejak sebelum isu Bendera Putih dimainkan setengah pihak lagi. Kehadiran team PAS Shah Alam tanpa perlu menanti rakyat angkat Bendera Putih. Bantuan bergerak saban hari demi kebajikan rakyat.

Sedari awal PKP 1.0 lagi, PAS Kawasan Shah Alam dengan kerjasama MATAN Centre milik Yang Dipertua PAS Shah Alam Ustaz Dasuki Abd Rani telah pun bergerak ke serata kawasan untuk menghantar Kit Barangan keperluan asas kepada rakyat yang dikenal pasti menghadapi kesulitan.

MATAN Centre kepunyaan Ustaz Ahmad Dusuki tidak pernah putus asa mencari dana untuk disumbangkan kembali kepada masyarakat tanpa mengira bangsa dan Agama. Dapur Tokku di U12 Shah Alam sepanjang masa memasak makanan menyediakan juadah kepada mereka yang memerlukan terutama untuk yang kuarantin di rumah.

Semua lapisan masyarakat disantuni termasuk daripada anak-anak muda Foodrider, Pengusaha Bas Sekolah, Driver Teksi, OKU, Asnaf, Frontliners dan ramai lagi tidak terkecuali dapat merasai sumbangan kecil dari PAS Kawasan Shah Alam.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor