Home Berita PAS Selangor

Bantuan buat mereka yang menaikkan bendera putih – PAS Kawasan Selayang

106
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Selayang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Selayang | Menurut khabar yang tular di media mengenai memohon bantuan melalui tindakan menaikkan bendera putih di kediaman masing-masing, telah menjadi sasaran Team Kebajikan PAS Selayang. PAS Selayang yang sejak beberapa hari ini dari awal pagi bergiat mencari rumah-rumah sekitar DUN Taman Templer yang menaikkan bendera putih memohon bantuan.

Menurut PAS Selayang, akhirnya mereka dapat berita daripada sahabat Jabatan Amal Ampang bahawa mereka telah menjumpai bendera putih ynag dinaikkan. Mereka bergegas dan sempat belikan sekali nasi goreng sebab dalam rumah individu penerima ini tak ada beras langsung dan memang sangat memerlukan bantuan.

PAS Selayang mengkalungkan ucapan tahniah buat sahabat Jabatan Amal Ampang yang memberikan maklumat. “Anda memang istiqamah berkhidmat untuk masyarakat”, kata mereka.
PAS Selayang juga memberitahu, jika ada mereka yang susah dan memerlukan bantuan terus hubungi pihak Team Kebajikan PAS Selayang.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor