Home Berita PAS Selangor

Edaran bakul PRIHATIN Covid-19 – Muslimat PAS Dun Gombak Setia

32
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | “Kami tak tunggu rakyat kibarkan bendera untuk minta bantuan, kami turun padang cari mereka yang perlukan bantuan”, jelas Muslimat PAS Dun Gombak Setia dalam sebuah hantaran media sosial mereka.

Muslimat PAS Dun Gombak Setia mengucapkan terima kasih kepada Ketua HALWA Selaseh, Puan Ezani Ali yang telah mengedarkan Bakul Prihatin Covid-19 tajaan Perikatan Nasional kepada 3 buah keluarga yang terjejas akibat pendemik yang melanda negara kita.

Penerima-penerima yang terdiri dari sekitar cawangan Selaseh ini telah memberikan respon yang cukup baik sepanjang ziarah berlangsung.

Semoga sumbangan kecil daripada Perikatan Nasional ini dapat meringankan bebanan dan kesulitan yang dihadapi oleh mereka.

Jom sama-sama turut serta bersama mereka untuk sampaikan bantuan buat yang memerlukan.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor