Home Artikel PAS Perlis

Plogging dan Dakwah Didik Masyarakat Cintai Alam Sekitar

668
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Sebagai satu usaha mendidik masyarakat akan kepentingan memelihara alam sekitar, Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) semalam menganjurkan Progam Plogging dan Dakwah bertempat di Gua Cenderawasih, dekat sini.

Program berkenaan disertai seramai 25 orang ahli pemuda PAS Perlis.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kayang, Hamizan Hassan.

Selama lebih sejam, para peserta telah mengumpulkan sisa-sisa pepejal yang terdapat di sekitar kawasan rekreasi berkenaan untuk dilupuskan.

Menurut ketua pemudanya Ustaz Muhammad Azmir Azizan, Program Plogging dan Dakwah merupakan sebahagian daripada aktiviti khidmat masyarakat yang diadakan bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat khususnya para pengunjung pusat rekreasi berkenaan terhadap kepentingan memelihara keindahan dan kebersihan kawasan berkenaan.

“Aktiviti seperti ini dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat tentang kepentingan bekerjasama antara semua pihak dalam usaha mengekalkan tahap kebersihan dan ekosistem persekitaran yang sihat,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Hamizan Hassan yang juga Exco Belia dan Sukan Negeri Perlis, dalam ucapannya turut memuji inisiatif yang diambil oleh DPPNPs.

“Alhamdulillah program seperti ini dapat mengeratkan hubungan rapat antara pemuda PAS dan kerajaan negeri dan pada masa yang sama dapat menyebarkan dakwah islamiyah kepada masyarakat setempat,” ujarnya.