Home Berita PAS Kedah

Sukarelawan serah RM30 ribu untuk Aid4Palestine fasa-2

114
SHARE

SIK- Sejumlah  RM30 ribu berjaya dikutip daripada kakitangan dan sukarelawan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Sik (PKRAPS) untuk disumbangkan melalui tabung kemanusiaan PasRelief ke tabung Aid4Palestine.

Serahan dibuat seusai solat Jumaat di Masjid Ubudiah, Sungai Pau kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang juga merupakan Pengerusi PAS Relief dekat sini, hari ini.

Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman yang menjadi wakil serahan menyatakan sumbangan ini adalah kutipan susulan yang dilakukan selepas serahan fasa pertama melalui PAS Kawasan Sik untuk tujuan yang sama seminggu yang lalu.

” Jumlah terdahulu adalah termasuk dalam serahan PAS Kawasan Sik yang berjumlah RM90 ribu kepada PAS Kedah,” katanya.

“Inilah komitmen warga PKRAPS menzahirkan solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin demi memerdekakan tanah suci  umat Islam di sana dari cengkaman Zionis-Israel’ tambahnya lagi.

Turut hadir, Imam Masjid Ubudiah, Ustaz Ibrahim  Abdul Rahman, Pegawai Khas II Menteri Besar Kedah,  Badrul Hisham Abdul Rahman, Pegawai Khas Adun Jeneri, Ustaz Rizal Mat Zainon, Ketua Peneranagan PAS Sik, Ustaz Subki Sulaiman dan AJK PAS Kawasan Sik, Ustaz Wan Basharudin  Wan Ibrahim.