Home Artikel PAS Kedah

Sukarelawan masyarakat setempat dihargai kerajaan

33
SHARE

MERBOK – ADUN Tanjung Dawai, Hanif Ghazali telah menyempurnakan penyerahan wang tunai dan cenderahati kepada golongan sukarelawan yang memberi khidmat kepada masyarakat.

Mereka ialah guru al-Quran, juru mandi jenazah, penggali kubur, bidan kampung, mudim dan bomoh patah yang diraikan di dua lokasi iaitu Madrasah Zubaidiyah dan Masjid Fatimah, Sungai Pial.

Sumbangan daripada pihak kerajaan negeri ini merupakan peruntukan berjumlah RM2.1 juta diluluskan untuk golongan tersebut atas khidmat bakti dan jasa mereka kepada masyarakat.

“Sumbangan ini adalah daripada pihak kerajaan negeri dan pihak PKWR DUN Tanjung Dawai hanya menyempurnakan sahaja penyerahan kepada yang layak.

“Pemberian ini sebagai tanda ingat daripada kerajaan negeri kepada rakyatnya,” ujar beliau pada majlis yang berlangsung semalam itu.

Hanif dalam pada itu turut meluangkan kesempatan menyantuni 20 asnaf terutama dalam kalangan warga emas yang uzur sebagai rutin beliau sepanjang Ramadhan ini.

Di kesempatan tersebut, beliau juga telah menyampaikan perkongsian mengenai perkembangan dan bantuan semasa dari kerajaan negeri yang boleh dimanfaatkan penduduk.

Hadir sama adalah para pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tanjung Dawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid Fatimah