Home Berita PAS Negeri Sembilan

Sukaneka PASTI Seremban 2017 disambut meriah

1220
SHARE

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Negeri Sembilan terus berkembang dari masa ke masa. Hari ini, 8 Oktober 2017 telah berlangsungnya Sukaneka PASTI Seremban 2017 yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan kejohanan sukaneka tahunan pada kali ini.

PASTI As-Sibyan telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi Sukaneka tahun ini, diikuti PASTI As-Syabab dan PASTI As-Soff masing-masing di tempat kedua dan ketiga keseluruhan.

Pimpinan PAS Kawasan Seremban turut sama hadir bagi memeriahkan Sukaneka kali ini, termasuklah Yang Dipertua PAS Kawasan Seremban, Tuan Haji Mohd Fadhli Che Me yang merasmikan program ini. Selain itu, turut hadir sama Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Seremban, Tuan Haji Zakaria Sheikh Othman, Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan yang juga Ketua Pemuda PAS Seremban, Saudara Khairul Yazman Yahaya, Setiausaha PAS Kawasan Seremban, Tuan Haji Ishak Yahaya dan AJK PAS Kawasan, Saudara Abu Zarim Abdul Rahman.

Tahniah kepada semua yang terlobat menjayakan sukaneka ini secara langsung atau tidak langsung.