Home Artikel PAS Negeri Sembilan

Ampangan | PAS terus dekati keluarga susah

7517
SHARE

Pada hari Khamis 5 Oktober 2017 yang lalu, PAS DUN Ampangan telah menziarahi Puan Fatimah Kalarani untuk menyampaikan sumbangan kebajikan.

Puan Fatimah Kalarani mengalami beberapa masalah antaranya tidak mampu membayar bil-bil yang tertunggak beberapa bulan dan mempunyai beberapa hutang berupa yuran sekolah anak.

Sedikit sumbangan wang tunai dan barangan dapur, serta wang belanja perjalanan melawat anak yang belajar di Kelantan telah disampaikan oleh wakil PAS DUN Ampangan.

Hadir sama dalam ziarah tersebut ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Seremban Tuan Haji Mohd Fadli Che Me, Timbalan YDP PAS Seremban, Tuan Haji Zakaria Sheikh Othman, diiringi beberapa AJK PAS DUN Ampangan antaranya Tuan Haji Ghazali Mohd Shom, Tuan Haji Mohammad Ali Osman serta wakil Muslimat, Puan Fatimah Zaharah.

Semoga Allah memberkati dan memberi rezeki yang lebih lagi kepada Puan Fatimah Kalarani demi meneruskan kelangsungan hidup.