Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Doa Buat SYRIA!

141 views
SHARE

1. Dunia menyaksikan kekejaman dan kekerasan bersejarah yang melampau berlaku di Timur Ghouta. Lebih ratusan penduduk tidak berdosa terbunuh dalam puluhan serangan udara dan bersenjata oleh rejim tentera Bashar Al Asad. Terbaharu, pengeboman di Timur Ghouta meningkatkan lagi bilangan orang awam yang terkorban.

2. Dalam pada itu, Jeneral Kanan Amerika Syarikat menuduh Russia sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam mencetuskan ketidakstabilan di Syria.

3. Tentera Syria dan sekutunya menjadikan Ghouta Timur sebagai sasaran pengeboman antara yang paling dahsyat sejak konflik bermula. Gesaan dari pihak Russia supaya genjatan senjata diadakan selama lima jam gagal dipatuhi oleh pihak tertentu dan tidak menghalang pengeboman daripada berlaku.

4. Namun begitu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mendapatkan satu resolusi pada Sabtu lalu untuk mendesak genjatan senjata selama 30 hari diadakan di Syria, namun perkara itu tetap tidak dihiraukan oleh Moscow.

5. Justeru, kami Muslimat PAS menyeru semua umat Islam untuk bangkit mempertahankan saudara seagama kita dan sentiasa mendoakan keselamatan secara berterusan buat mereka di Syria. Kepada Allah kita semua berserah.

6. Kami menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang serius dan berterusan ke atas episod pembantaian yang dilakukan ke atas umat Islam ini.

7. Akhirnya, marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan buat saudara kita di Syria. Semoga Islam terpelihara dan kita semua tergolong dari kalangan hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa. Hanya Allah sebaik tempat pergantungan.

NURIDAH MOHD. SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
5 Mac 2018 bersamaan 17 Jamadilakhir 1439