Home Artikel PAS Selangor

Muslimat PAS Cadang Wujudkan Hub Perniagaan Halal Online

101 views
SHARE

BANDAR TUN HUSSEIN ONN – Dewan Muslimat PAS Kawasan Serdang (DMPKS) telah mencadangkan kepada para muktamirin agar Serdang dapat menubuhkan satu hub perniagaan halal online semasa sesi penggulungan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 34 PAS Kawasan Serdang di Dewan Sri Kasih, Tun Hussein Onn pada 3 Mac yang lalu.

Puan Khairiah selaku wakil DMPKS mengharapkan agar PAS Serdang dapat menubuhkan sebuah hypermarket yang mempunyai perkhidmatan online & delivery di parlimen ini khususnya dalam Dun Bangi.

Ini penting kerana majoriti penduduk kawasan ini adalah muslim berkerjaya yang sangat menghargai penghantaran terus makanan halal ke rumah masing-masing.

Selain itu, Puan Khairiah juga turut menyentuh perihal anak muda yang ketiadaan ruang yang sesuai untuk mereka beraktiviti.

Sehubungan itu, DMPKS mencadangkan agar sebuah pusat komuniti dan aktiviti anak muda dapat diwujudkan.

Beliau juga berharap agar PAS boleh menjadi pemudahcara dalam mendapatkan geran-geran bagi merealisasikan harapan tersebut.

Wakil DMPKS juga mengingatkan agar gerakkerja secara bersinergi antara PAS Kawasan, dewan-dewan dan lajnah-lajnah dapat dilakukan dalam melahirkan sebuah organisasi yang mantap dan maju.