Oleh : Ibnu Janie
TIDAK mahu terus tenggelam dalam gelombang krisis ekonomi akibat wabak Covid-19, seorang anak muda bergelar ustaz kini mengusahakan perniagaan kuih pau dengan jenamanya sendiri ‘PAU USTAZ’.
Menyahut seruan kerajaan Negeri Melaka yang memberi kebebasan kepada rakyat Melaka untuk menjaja dalam polisi ‘Melaka Bebas Berniaga’, Ustaz Al Hafiz Yahya telah membuka gerai jualannya di tepi jalan besar berhadapan Taman Bunga Raya Seksyen-3 dan Klinik Munshi, Bukit Beruang, Melaka.
Antara variasi pau yang dijual ialah Pau Kacang, Pau Kelapa, Pau Kaya, Pau Kaya Pandan, Pau Coklat, Pau Kari Daging dan Pau Ayam Blackpaper.
Mereka yang mahu menikmatinya terus boleh membeli pau ini panas-panas terus daripada periuk kukus yang dijual digerainya yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 7.00 malam, setiap hari kecuali Jumaat, di Bukit Beruang ini.
Bagi mereka yang ingin menyimpan stok di rumah boleh membeli PAU USTAZ dalam bentuk sejuk beku atau ‘frozen’
Perkhidmatan penghantaran (COD) turut disediakan bagi mereka yang ingin menikmati PAU USTAZ ini yang mana perkhidmatan COD ini juga beroperasi dari jam 10 pagi hingga 7 malam. Boleh whatsapps Ustaz Al Hafiz di talian : www.wasap.my/+60136315113/NakBeliPauUstaz
Yang dah rasa je tahu kenikmatannya! Rasanya memang sedap. Pelanggan yang dah beli memang kebanyakkannya sangat berpuas hati.
Apa lagi, jom support! Beli banyak-banyak, simpan dalam fridge!.
Penulis adalah Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Masjid Tanah Melaka.