Home Artikel PAS Negeri Sembilan

Suara Waghih : Kempen #BMF di Pasar Mini Masjid-masjid Perlu Serius

180
SHARE

Minimart (pasar mini) di beberapa masjid sekitar Senawang mungkin perlu digertak semula. Ketika rakyat bercakap tentang #BMF, mereka ni terus lesu seperti berada di alam yang terpisah.

Saya ke beberapa minimart berkenaan beberapa minggu ni (siapa duduk di Senawang mungkin tahu di mana). Serius barang yang sedia susut makin susut, suasana makin suram, kelam. Rak yang dahulunya pernah penuh dah berbulan (mungkin juga bertahun) kosong. Banyak keperluan asas tiada. Saya mahu beli aiskrim untuk anak pun tiada, tinggal peti sahaja.

Rasanya di Negeri Sembilan, tiada larangan bercakap tentang #BMF di masjid/surau sepertimana di sebuah negeri tu. Bila bercakap tentangnya tiada halangan, bermakna melaksanakannya pun tiada halangan, malah peniaga Negeri Sembilan boleh mempeloporinya.

Pun begitu, marilah kita pakat-pakat teruskan #BMF, dan kita harap minimart masjid-masjid berubah segar dan menyediakan pilihan untuk kita ber#BMF.

Orang mungkin bertanya mana patut dulu – telur atau ayam? Aku bukan ahlinya, kita serah kepada yang pakar. Ramai pakar di kalangan muslim.

Firdaus AR

Disunting daripada Facebook.
Gambar sekadar hiasan.

Suara Waghih adalah segmen luahan dan cadangan rakyat Negeri Sembilan di media sosial berkenaan isu-isu semasa.