Home Kenyataan Media PAS Johor

Wabak Influenza: PAS Tebrau sokong pendirian PAS Johor

428
SHARE

KENYATAAN MEDIA

TAJUK : PAS TEBRAU SOKONG PAS JOHOR AGAR LANGKAH BERJAGA-JAGA WABAK INFLUENZA DIPERTINGKATKAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

1. PAS Kawasan Tebrau menyokong kenyataan BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI JOHOR (PAS JOHOR) yang memandang serius gejala Influenza yang sedang melanda negara ini terutama di Johor.

2. Sumber berita menyatakan seramai 89 orang murid yang telah dijangkiti virus ini di Johor. Daerah Pasir Gudang mencatatkan bilangan murid dijangkiti Influenza paling tinggi diikuti Johor Bahru, Kulai Tangkak, Kluang, Muar, Batu Pahat dan Pontian. Influenza adalah penyakit jangkitan sistem pernafasan yang mudah berjangkit disebabkan oleh virus Influenza A/B/C yang menjangkiti hidung, tekak, dan kadang-kadang paru-paru. Virus ini merebak melalui titian cecair kecil yang terhasil apabila pesakit batuk, bersin atau bercakap dan seterusnya titian cecair tersebut berlegar di udara menjangkiti mereka yang berada di sekitarnya. Virus Influenza ini mampu menyerang manusia tanpa mengira lapisan usia.

3. PAS Kawasan Tebrau menyeru agar semua lapisan masyarakat mengambil langkah-langkah pencegahan terutamanya mengamalkan kebersihan tangan dengan menggunakan hand sanitizer, menutup mulut ketika batuk atau bersin, serta menggunakan penutup mulut dan hidung di kawasan yang berisiko tinggi. PAS Kawasan Tebrau juga mengingatkan masyarakat terutamanya ibu bapa agar peka terhadap simptom Influenza seperti demam panas, batuk, selsema, badan mengigil dan keletihan untuk segera mendapatkan rawatan di hospital mahupun klinik berhampiran.

4. PAS Kawasan Tebrau menggesa agar pihak Kementerian Kesihatan mengambil langkah-langkah pro-aktif dalam menangani gejala ini sebaiknya. PAS Kawasan Tebrau menyeru semua masyarakat teruskan berdoa kepada Allah SWT agar wabak ini tidak menular kepada situasi lebih teruk dan buruk, dan Malaysia kembali bebas dari wabak merbahaya ini.

Sekian. Wassalam.

Ustaz Khirul Muntanazar Ismail,
Yang Di-Pertua PAS Kawasan Tebrau.