Home Artikel PAS Negeri Sembilan

SRITI Ar-Rayyan Bandar Baru Nilai dirasmi, beroperasi tahun 2020

381
SHARE

Seremban, 31 Disember – Tahun 2020 bagi Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban bakal menjadi lebih menarik khususnya dalam sektor pendidikan.

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Ar-Rayyan yang terletak di Bandar Baru Nilai, Nilai akan mula beroperasi pada sesi persekolahan yang akan dibuka beberapa hari lagi.

Pada 24 Disember yang lalu, SRITI Ar-Rayyan telah sempurna dirasmikan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan bersempena Liqa Tarbawi Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan bertempat di sekolah tersebut.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Seremban, Saudara Khairul Yazman Yahaya; Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ustaz Farid Hadhari, Ketua Sektor Pendidikan DPPN9, Ustaz Shazwan Zulkifli; Pengarah SRITI Negeri, Ustaz Azwan Rosdi dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Seremban, Ustaz Muhammad Syazwan Gani.

Untuk rekod, Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan kini mempunyai 6 buah SRITI iaitu SRITI Lavender Height (Seremban), SRITI Ad-Dirasah (Rasah), SRITI Jijan (Rasah), SRITI Port Dickson (Port Dickson) dan SRITI Al-Amin (Kuala Pilah) selain SRITI Ar-Rayyan, Nilai (Seremban).

– Numed DPPKS

Layari Facebook rasmi SRITI Ar-Rayyan, Bandar Baru Nilai