Home Berita PAS Johor

SRITI Al-Irfan 2 Johan Keseluruhan MAIS Johor 2023

182
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

MUAR, 20 Ogos – SRITI Al-Irfan 2 telah dinobatkan sebagai Johan keseluruhan Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) johor 2023 setelah mendapat tempat pertama dalam 4 acara yang dipertandingkan.

Sebanyak 18 buah SRITI seluruh Negeri Johor merebut keseluruhan 18 acara yang dipertandingkan pada kali ini di Madrasah At-Tanwiriyah, Parit Jawa, di sini, semalam.

SRITI Al-Irfan 2 telah menjadi juara bagi acara Bercerita Bahasa Arab Lelaki Tahap 1, Bercerita Bahasa Arab Perempuan Tahap 1, Azan & Iqamah serta Nasyid Terbuka serta mendapat tempat kedua bagi acara Pidato Bahasa Inggeris Perempuan Tahap 2.

Tempat kedua keseluruhan disandang oleh SRITI Al-Irfan 1 dengan mendapat 3 acara tempat pertama, 1 acara tempat kedua dan 2 acara tempat ketiga.

Manakala tempat ketiga keseluruhan disandang oleh SRITI Ikhsan dengan mendapat 3 acara tempat pertama dan 1 acara tempat ketiga.

Turut hadir ADUN Maharani, YB Cikgu Aziz, Yang Di-Pertua PAS Kawasan Bakri, Kamalulnizam Mohd Suhut serta Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Mohd Ekhwan Nazari Mohd Nazari.

Johan bagi setiap acara bakal di hantar ke Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) peringkat kebangsaan yang bakal berlangsung pada bulan September di Melaka.

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan :

▶️ Bercerita BM (L) Tahap 1
1) SRITI Al-Hakim, Batu Pahat
2) SRITI Al-Irsyad, Pulai
3) SRITI Al-Ummah, Tenggara

▶️ Bercerita BM (P) Tahap 1
1) SRITI Al-Irsyad, Pulai
2) SRITI Al-Hakim, Batu Pahat
3) SRITI Al-Taqwa, Mersing

▶️ Bercerita BA (L) Tahap 1
1) SRITI Al-Irfan 2, Tebrau
2) SRITI Al-Kauthar, Pasir Gudang
3) SRITI Al-Ummah, Tenggara

▶️ Bercerita BA (P) Tahap 1
1) SRITI Al-Irfan 2, Tebrau
2) SRITI Al-Azhar, Sri Gading
3) SRITI Al-Hakim, Batu Pahat

▶️ Pidato BM (L) Tahap 2
1) SRITI Al-Ikhsan, Ayer Hitam
2) SRITI Al-Ummah, Tenggara
3) SRITI Ilmi, Iskandar Puteri

▶️ Pidato BM (P) Tahap 2
1) SRITI Al-Ummah, Tenggara
2) SRITI Al-Jauhar, Pontian
3) SRITI Al-Ikhsan, ayer Hitam

▶️ Pidato BI (L) Tahap 2
1) SRITI Al-Jauhar, Pontian
2) SRITI Al-Ummah, Tenggara
3) SRITI Al-Hakim, Batu Pahat

▶️ Pidato BI (P) Tahap 2
1) SRITI Al-Ikhsan, Ayer Hitam
2) SRITI Al-Irfan 2, Tebrau
3) SRITI Al-Irfan 1, Tebrau

▶️ Hafazan (L) Tahap 1
1) SRITI Al-Irfan 1, Tebrau
2) SRITI At-Taqwa, Mersing
3) SRITI Ilmi, Iskandar Puteri

▶️ Hafazan (P) Tahap 1
1) SRITI Al-Ukhuwwah, Kluang
2) SRITI Al-Hikmah, Kulai
3) SRITI Al-Hakim, Batu Pahat

▶️ Hafazan (L) Tahap 2
1) SRITI Al-Irfan 1, Tebrau
2) SRITI Al-Hakim, Batu Pahat
3) SRITI Al-Kauthar, Pasir Gudang

▶️ Hafazan (P) Tahap 2
1) SRITI Al-Irfan 1, Tebrau
2) SRITI Al-Ummah, Tenggara
3) SRITI Al-Hakim, Batu Pahat

▶️ Azan & Iqamah
1) SRITI Al-Irfan 2, Tebrau
2) SRITI Al-Hikmah, Kulai
3) SRITI Al-Hakim, Batu Pahat

▶️ Tilawah (L) Tahap 2
1) SRITI Al-Kauthar, Pasir Gudang
2) SRITI Al-Irsyad, Pulai
3) SRITI Al-Irfan 1, Tebrau

▶️ Tilawah (P) Tahap 2
1) SRITI Al-Kauthar, Pasir Gudang
2) SRITI Al-Irfan 1, Tebrau
3) SRITI Al-Ummah, Tenggara

▶️ Khutbah Tahap 2
1) SRITI Al-Ummah, Tenggara
2) SRITI Al-Kauthar, Pasir Gudang
3) SRITI Al-Hakim, Batu Pahat

▶️ Nasyid Terbuka
1) SRITI Al-Irfan 2, Tebrau
2) SRITI Al-Hikmah, Kulai
3) SRITI An-Nur, Mersing

▶️ Kalam Jamaie
1) SRITI Al-Ikhsan, Ayer Hitam
2) SRITI Al-Irsyad, Pulai
3) SRITI Ilmi, Iskandar Puteri

Keseluruhan :
1) SRITI Al- Irfan 2, Tebrau
2) SRITI Al-Irfan 1, Tebrau
3) SRITI Al-Ikhsan, Ayer Hitam