Home Kenyataan Media PAS Kedah

Solidariti Wan Ji, Mengguris Institusi Di Raja

497 views
SHARE

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
11 Julai 2019M / 8 Zulkaedah 1440H

1- Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyeru kepada semua pihak agar menghentikan segera sebarang bentuk solidariti terhadap Wan Ji Wan Hussain yang telah absahkan hukuman yang di sabitkan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ditambah hukuman dari 9 bulan kepada setahun penjara diatas kesalahan menghina DYMM Sultan Selangor oleh Mahkamah Tinggi.

2- Tindakan mengadakan solidariti ini dilihat tidak mencerminkan penghayatan dan kepatuhan terhadap rukun negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Kedaulatan undang-undang. Ianya membawa kekeliruan di kalangan masyarakat dalam memahami matlamat hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah tersebut adalah untuk memelihara institusi DiRaja.

3- Apa yang lebih mendukacitakan , solidariti ini datang daripada kalangan pimpinan Pakatan Harapan yang menjadi tunggak kerajaan memerintah hari ini seolah-olah kerajaan hari ini hendak memusnahkan institusi DiRaja yang sepatutnya dipelihara oleh pihak kerajaan.

4- Selain itu, kesan solidariti ini menunjukkan penghinaaan kepada institusi kehakiman dan diburukkan lagi dengan kenyataan pimpinan utama parti kerajaan yang dilihat mahu mencampuri bidangkuasa kehakiman. Keadaan ini mencerminkan undang-undang rimba cuba diamalkan sesetangah pimpinan kerajaan sekarang.

5- Sewajarnya semua pihak mengambil sikap menghormati keputusan mahkamah dan berusaha agar perilaku penghinaan terhadap Sultan perlu dihindari pada masa akan datang.

6- Tindakan bersolidariti terhadap Wan Ji Wan Hussain adalah sangat tidak beretika, subjudis dan perlu dihentikan segera oleh semua pihak demi memelihara institusi DiRaja kerana pesalah masih mempunyai peluang terakhir untuk merayu hukuman tersebut di Mahkamah Rayuan.

“Demi Islam”

“Islam Memimpin Perpaduan”

NURUL AMIN BIN HAMID
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah