Home Artikel PAS Pusat

Kita Semua Pendakwah: Jadikan Usaha Dakwah Sebagai Agenda Rutin.

62 views
SHARE

KITA SEMUA PENDAKWAH

Naskhah Dakwah PAS Pusat. Siri 04
8 Zul Qaedah 1440 | 11 Julai 2019

JADIKAN USAHA DAKWAH SEBAGAI AGENDA RUTIN.

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat
https://m.facebook.com/naskhahdakwah
https://t.me/Naskhahdakwah


1. Negara memerlukan kita semua untuk melakukan beberapa tindakan utama:

๐Ÿ”ด Mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah swt. dan bebas dari memperhambakan diri sesama hamba.

๐Ÿ”ด Menyeru umat manusia supaya melakukan kebaikan, mendaulatkan syariat Allah swt dan mencegah kemungkaran.

๐Ÿ”ด Memimpin dan membimbing ummah ke jalan yang benar berpandukan petunjuk Allah swt (Al Quran) dan sunnah NabiNya saw.

Firman Allah swt :

โ€ŽูˆูŽู„ูŽู‚ูŽุฏู’ ุจูŽุนูŽุซู’ู†ูŽุง ูููŠ ูƒูู„ู‘ู ุฃูู…ู‘ูŽุฉู ุฑู‘ูŽุณููˆู„ู‹ุง ุฃูŽู†ู ุงุนู’ุจูุฏููˆุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ูˆูŽุงุฌู’ุชูŽู†ูุจููˆุง ุงู„ุทู‘ูŽุงุบููˆุชูŽ

Dan sesungguhnya Kami telah utus pada setiap umat, seorang Rasul untuk menyeru mereka supaya kamu mengabdikan diri kepada Allah dan jauhkan diri dari Taghut”.

Surah An Nahl : 36

Firman Allah swt :

ูˆูŽู„ู’ุชูŽูƒูู† ู…ู‘ูู†ูƒูู…ู’ ุฃูู…ู‘ูŽุฉูŒ ูŠูŽุฏู’ุนููˆู†ูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฎูŽูŠู’ุฑู ูˆูŽูŠูŽุฃู’ู…ูุฑููˆู†ูŽ ุจูุงู„ู’ู…ูŽุนู’ุฑููˆูู ูˆูŽูŠูŽู†ู’ู‡ูŽูˆู’ู†ูŽ ุนูŽู†ู ุงู„ู’ู…ูู†ูƒูŽุฑู ูˆูŽุฃููˆู„ูŽูฐุฆููƒูŽ ู‡ูู…ู ุงู„ู’ู…ููู’ู„ูุญููˆู†ูŽ

Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menguatkuasakan al Maโ€™ruf (asy syariโ€™ah), serta mencegah perkara mungkar. dan mereka ialah golongan yang berjaya.

Surah Aali Imran : 104

2. Ketiga-tiga tindakan itu sangat diperlukan oleh negara dan seluruh warganya bagi membina sebuah peradaban dan tamadun yang mematuhi kehendak Sang Pencipta iaitu Allah Jalla wa โ€˜Ala.

3. Memakmurkan tanahair ini dengan amal kebajikan, persaudaraan dan keamanan. Pada masa yang sama, membenteras gejala mungkar dan maksiat yang membinasa kedamaian ummah.

4. Realiti negara kita hari ini menyaksikan sisi – sisi gelap yang diselubungi gaya hidup bergelumang maksiat terlalu ketara.

5. Agen mungkar terlalu ramai dan premis maksiat terlalu banyak. Mereka ibarat anai-anai yang menyerang setiap tiang negara dan sendi warganya.

6. Membiarkan operasi mereka berlarutan, negara bakal runtuh dan warganya bakal musnah. Hanyut dibawah arus hedonisme yang tidak terhalang.

7. Pada siapa lagi kita mahu menoleh ? Kitalah pemegang amanah dan penggalas tanggungjawab untuk terus berdakwah tanpa alasan. Berdakwah tanpa jemu dan bosan.

Semarakkan Amal Dakwah

Sekian