Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

Solidariti pertahan akidah: P. Ramasamy jangan campuri urusan agama Islam

135
SHARE

Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang mengutuk dan mengecam tindakan provokasi anti Islam P.Ramasamy yang mempertikai status agama bagi tiga orang anak ibu tunggal Loh Siew Hong yang berlaku di Perlis.

PAS Pulau Pinang teguh dalam mempertahankan pengislaman tiga orang anak mualaf tersebut dengan pengetahuan pihak berkuasa agama Islam di negeri itu dan bukannya membabitkan penculikan dan paksaan seperti yang didakwa oleh P.Ramasamy.

Beliau sewajarnya memahami kuasa agama tertakluk dalam bidang kuasa negeri-negeri serta
tidak perlu campur tangan dalam urusan hal ehwal agama Islam di negeri tersebut.

Justeru, PAS Pulau Pinang menyeru dan mengajak semua pihak terus bersoladiriti serta muafakat dalam mempertahankan akidah umat Islam di negara ini daripada diganggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan cuba mencetuskan isu-isu sensitif dan ketidak harmonian antara kaum dan agama dalam negara ini.

“ISLAM MENYATUKAN UMMAH”

Ustaz Abdul Razib bin Abdul Rahim
Ketua Penerangan
PAS Negeri Pulau Pinang

21 Februari 2022