Home Berita PAS Perlis

AQSA bakal cetak pelapis kepimpinan

137
SHARE

Oleh AHMAD AZAMUDDIN

KANGAR, 22 Feb: Akademi Sa’id Hawwa (AQSA) yang diletakkan di bawah Sektor Sumber Manusia dan Latihan, Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) bakal mencetak pelapis kepimpinan Islam.

Jelas Pengetua AQSA, Haziq Asyraf Dun, sejarah menunujukkan kegagalan sesuatu gerakan adalah disebabkan kegagalan mencetak pelapis kepimpinan baharu yang mampu memimpin dan menghadapi cabaran yang besar di lapangan jalan dakwah.

Ujarnya lagi, akademi ini mengambil keberkatan daripada nama tokoh ulama’ haraki Syeikh Sa’id Hawwa yang alim dan faqih dengan suasana dakwah dan politik semasa.

“Menariknya, kertas kerja akademi ini telah diperhalusi lebih kurang enam tahun lamanya dan Alhamdulillah, kini berjaya direalisasikan.

“Kepimpinan Pemuda PAS perlu mempunyai ilmu yang luas supaya dihormati masyarakat, biarpun dengan imej berkain pelikat dan serban, namun tetap dihormati orang,” katanya.

Majlis perasmian akademi ini telah disempurnakan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis, Tuan Haji Baharudin Ahmad, di Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Furqan, di sini semalam.