Home Kenyataaan Media PAS Perak

Solidariti mempertahankan keislaman anak-anak Nagashwaran Muniandy

115
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
24 Februari 2022 | 22 Rejab 1443

SOLIDARITI MEMPERTAHAN KEISLAMAN ANAK-ANAK NAGASHWARAN MUNIANDY

Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Parit menyatakan solidariti umat Islam dalam mempertahan keislaman ketiga-tiga anak Puan Loh Siew Hong dan mengemukan seruan berikut;

(a) Menyatakan solidariti kepada pihak yang membela pengislaman ketiga-tiga beradik ini;
(b) Mengajak orang ramai menolak sepenuhnya DAP dalam PRU-15;
(c) Berdoa agar maruah dan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan sentiasa terpelihara.

PAS merupakan sebuah parti yang sangat komited dalam menjaga perpaduan dan keharmonian negara melalui penekanan “Islam Adil Untuk Semua”. PAS telah terbukti berjaya memimpin Kelantan, Terengganu dan Kedah sehingga mencapai kestabilan politik, ekonomi dan sosial.

Oleh yang demikian, pemimpin-pemimpin DAP khususnya harus sedar bahawa umat Islam telah muak dan lama bersabar dengan sikap sesetangah pemimpin parti itu yang sengaja menimbulkan persepsi buruk terhadap Islam sejak sekian lama serta akan bersatu hati dalam menyatukan ummah di atas akidah Islam.

Dalam pada itu, DPPK Parit menyifatkan pemimpin DAP, P Ramasamy yang bersikap ekstrimis apabila mendakwa ketiga-tiga beradik tersebut yang telah memeluk Islam bersama bapa mereka, Nagashwaran Muniandy secara sukarela pada Julai 2020 yang lalu sebagai paksaan dan penculikan.

Malah kenyataan berhubung isu pengislaman ketiga-tiga anak tersebut menunjukkan kebiadapan dan menyentuh sensitiviti keagamaan di negara ini. Dakwaaan yang boleh menggugat keharmonian masyarakat serta mencetuskan kemarahan dan ketidak puasan hati dalam kalangan umat Islam.

Sekian, terima kasih

“Legasi Perjuangan”
“Memacu Perpaduan”

HANIF MUSA
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit

#KenyataanMedia
#PemudaPASParit
#LegasiPerjuangan
#MemacuPerpaduan