Home Kenyataaan Media PAS Perak

P Ramasamy jangan jadi pelampau dan ekstremis

54
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TAPAH
23 Februari 2022 | 21 Rejab 1443

P RAMASAMY JANGAN JADI PELAMPAU DAN EKSTREMIS

Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Tapah bersolidariti mempertahan keislaman ketiga-tiga anak Loh Siew Hong yang telah memeluk Islam bersama bapa mereka, Nagahswaran Muniandy secara ‘unilateral’ pada sekitar bulan Julai 2020.

Pemelukan Islam tersebut mengikut peruntukan Seksyen 117(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 Negeri Perlis adalah bertentangan dengan dakwaan P Ramasamy yang yang telah mengaitkan kes ini dengan suatu perkara penculikan, paksaan dan ancaman.

DPPK Tapah memandang serius terhadap kenyataan provokasi yang dikeluarkan pimpinan DAP, P Ramasamy tersebut yang boleh menggugat kestabilan masyarakat. Malah sangat ianya sangat memberi kesan kepada umat Islam yang sentiasa mengutamakan penyatuan ummah di negara ini.

Justeru, diharapkan P Ramasamy dan semua pihak tidak lagi mencetuskan perbalahan atau situasi ketegangan agama dan kaum dengan membangkitkan isu sensitif. Sedangkan Islam amat menggalakkan persaudaraan dengana saling kenal-mengenali, beramah mesra dan mewujudkan suasana kasih sayang walaupun berbeza agama, budaya, bangsa dan keturunan.

DPPK Tapah juga menyeru dan mengajak kepada semua pihak khususnya umat Islam untuk bangkit bersama dan bersatu padu serta bersolidariti terhadap anak-anak tersebut dalam menjalani kehidupan mendatang dan diberikan keteguhan akidah Islam dalam diri mereka.

Sekian, terima kasih

“Legasi Perjuangan”
“Memacu Perpaduan”

AZIRUL HAMZAH
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tapah

#KenyataanMedia
#PemudaPASTapah
#LegasiPerjuangan
#MemacuPerpaduan