Home Berita PAS Terengganu

Sokongan orang ramai beri kekuatan penghidap kanser

5
SHARE

Oleh : Liya Zaliya

KUALA NERUS – Orang ramai seharusnya memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada penghidap kanser agar mereka terus kuat serta berkeyakinan untuk meneruskan kehidupan.

Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Marang, To Puan Sri Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman berkata kempen yang bertemakan ‘ Kerana Diri Mu Begitu Berharga’ itu bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat tentang penyakit kanser payudara.

“Kempen ini adalah satu usaha yang baik untuk memberi sokongan moral dan bantuan kepada pesakit kanser payudara yang merupakan kanser paling kerap menyerang wanita di Malaysia.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Kesedaran Kanser Payudara di sini pada Sabtu, 28 Oktober.

Beliau juga menyeru masyarakat untuk mengambil langkah pencegahan dan pemeriksaan awal bagi mengesan kanser payudara sebelum ia merebak.

“Kanser payudara boleh dirawat jika ia dikesan pada peringkat awal. Oleh itu, saya menggesa semua wanita untuk melakukan pemeriksaan payudara secara berkala dan mendapatkan nasihat pakar jika ada sebarang tanda-tanda yang mencurigakan,” katanya.