Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Skuad Prihatin selami hati keluarga mangsa kebakaran di Sepang

251
SHARE

Skuad Prihatin selami hati keluarga mangsa kebakaran di Sepang

SEPANG: Sebuah kebakaran telah berlaku di Kampung Endah pada Julai yang lalu.

Kebakaran tersebut telah mengorbankan nyawa dua anak kesayangan Seri Hayati Ngainan.

Skuad Prihatin bersama Ketua Muslimat PAS Kawasan Sepang, Saimah Nordin telah mengetuai Ziarah Kasih bagi mendekati keluarga tersebut.

Mangsa kebakaran merupakan dua orang adik beradik yang bernama Almarhumah Nur Salsabila dan adiknya, Almarhumah Nur Ain Sumayyah.

Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPM, Dr. Uyun Malek, telah hadir bersama sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan terhadap keluarga mangsa.

Beliau diiringi Timbalan Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) DMP Negeri Selangor, Nazilah Nesa merangkap Ketua LKK DMPK menyerahkan wang sumbangan kepada wakil keluarga mangsa, Datin Juwita.

Selain itu, Ketua Muslimat PAS Cawangan, Asmah Tukin dan setiausahanya, Norsafatain Mohd Jaafar juga berkesempatan meluangkan masa bersama dalam ziarah tersebut.

Beberapa muslimat PAS yang bersama dalam ziarah tersebut mengambil peluang untuk bertanyakan khabar dan mendapatkan info terkini tentang keadaan keluarga mangsa.

Skuad Prihatin akan sentiasa memberi sokongan dan mendoakan agar keluarga mangsa meneruskan hidup dengan lebih baik.