Home Artikel PAS Wilayah

Rumah Ahli PAS Segambut Terbakar: Muslimat Hulur Bantuan

517
SHARE

Oleh : Dhiya’ Muttmainnah

SEGAMBUT – Sebuah rumah milik ahli PAS Cawangan Segambut Bahagia, Hajah Zaharah Khalid telah terjejas teruk akibat kebakaran baru-baru ini.

Menurut mangsa, tiga buah lori bomba telah bergegas ke rumah mangsa bagi memadamkan api yang sedang marak saat itu.

“Mujur dokumen-dokumen penting masih sempat diselamatkan meski rumah papan tersebut habis dijilat api di bahagian atas,” ujar beliau.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Pengerusi Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Zurina Din, Ketua Muslimat PAS Segambut, Nurihan Anuar, dan Pengerusi Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Segambut, Mariam Ahmad berkesempatan menziarahi keluarga mangsa dan menyampaikan bantuan.

“Semoga Puan Zaharah bersabar dan redha dengan ujian dari Allah SWT ini. MashaAllah bertapa lemahnya kita manusia, setiap segalanya benar-benar berada dalam jari-jemari Allah. Ampunilah kami ya Allah,” ujar YB Senator Ustazah Nuridah Salleh ketika menziarahi mangsa baru-baru ini.