Home Berita PAS Selangor

Skim Perlindungan Pemuda PAS Selangor (SPPS) Berbakti Kepada Pemuda – DPPK Klang

25
SHARE

May be an image of 2 people

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

KLANG, 9 November – Skim Perlindungan Pemuda PAS Selangor (SPPS) yang diwujudkan khas menjaga kebajikan para Pemuda PAS di Negeri Selangor. SPPS menjaga kebajikan merangkumi masalah kesihatan, ditimpa bala bencana dan sebagainya.

Dalam tempoh yang mencabar ini Pemuda PAS Klang menerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan (LKK) Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Klang, cuba membantu sahabat sahabat yang sebelum ini telah dijangkiti virus COVID-19, dengan beberapa siri bantuan.

LKK DPPK Klang melalui Naib Ketua Pemuda PAS Klang, malam tadi telah menyerahkan sedikit sumbangan daripada SPPS kepada Ust Azziq yang sebelum ini telah disahkan positif COVID-19, dan
Alhamdulillah kini beliau telah sihat. Semoga beliau dan kita semua diberi kesihatan yang baik dan perlindungan oleh Allah SWT.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor