Home Rencana PAS Selangor

PRN Melaka : N14 Kelebang, Hj Bakri Jamaluddin (PN) – PAS Kawasan Sungai Buloh

182
SHARE

May be an image of 1 person and text that says "UNDILAH PERIKATAN NASIONAL Mewujudkan budaya baru berpolitik adalah penting dalam membina sebuah peradaban yang bakal melakar keharmoniar dan kesejahteraan dalam sebuah keluarga besar iaitu Keluarga Malaysia HAJI BAKRI JAMALUDDIN Calon N14 DUN Kelebang F Terbitan PAS Kawasan Sungai Buloh"

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh

Oleh : PAS Kawasan Sungai Buloh

Politik merupakan salah satu medium untuk mengurus tadbir sesebuah kerajaan. Malaysia telahpun mengamalkan sistem demokrasi dalam melaksanakan urusan pemilihan pemerintahan baik untuk negara mahupun untuk negeri.

Memetik hantaran dari facebook Tn Hj Bakri Jamaluddin calon N14 Kelebang berkata “mewujudkan budaya baru berpolitik adalah penting dalam membina sebuah peradaban yang bakal melakar keharmonian dan kesejahteraan dalam sebuah keluarga besar iaitu Keluarga Malaysia.”

Budaya politik baru mestilah didahulukan dengan keimanan, bersih, berintegriti dan berkebajikan. Politik yang dipandu selain dari keimanan mudah terjerumus dalam bebanan rasuah, salahguna kuasa, tamak haloba, kronisme dan pelbagai lagi yang akhirnya tidak menguntungkan rakyat.

Rakyat Melaka kali ini perlu berpadu hati, bermuafakat sekata dalam memacu perubahan. Mereka perlu berani sekali lagi untuk membawa perubahan besar untuk menikmati pertadbiran yang telus, berintegriti serta prihatin rakyat pada 20 November 2021 ini.

Perikatan Nasional membawa agenda perubahan itu dengan berpaksikan kepada prinsip-prinsip tadi. Ini terbukti dimana tiada campur tangan dalam urusan mahkamah dan lain-lain lagi oleh Kerajaan Perikatan Nasional diperingkat pusat. Sirru ala barakatillah.

“Melaka Memilih PN”

9 November 2021 | 4 Rabiul Akhir 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor