Home Berita PAS Terengganu

SKIM PAS menjaga kebajikan ahli

154
SHARE

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Parti Islam Se-Malaysia(PAS) mengorak langkah dalam menjaga kebajikan ahli dan keluarga mereka dengan mewujudkan Skim PAS

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata sebagai ahli PAS sewajarnya mereka tahu tentang skim tersebut dan mengambil peluang untuk mendaftar.

“Ahli PAS kena ada dalam Skim PAS ini kerana amat banyak manfaatnya kepada ahli dan perlu disebarluaskan supaya semua ahli PAS tahu tentang kewujudan skim takaful ini” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran Skim PAS Peringkat Negeri Terengganu di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri(DUN) Wakaf Mempelam di sini pada 12 Februari lalu.

Seramai 80 orang peserta terdiri dari Ahli Jawatankuasa(AJK) Kebajikan PAS Kuala Terengganu dan DUN-DUN yang di serta wakil Skim PAS Pusat yang diketuai Abdul Razak Muhammad

Oleh itu, beliau yakin lebih ramai lagi ahli yang akan menyertai skim yang turut menawarkan faedah kepada waris mereka.

“Skim PAS ini di tubuhkan dalam tahun 2015 dengan caruman sebanyak RM35 dan menafaat kepada waris RM 3,500.

“sekarang setelah hampir enam tahun caruman Skim PAS sebanyak RM55 dengan manfaat RM10,000, cukup mudah dan mampu untuk semua ahli mencarum” katanya lagi.