Home Berita PAS Perak

SINGGAH SAHUR : PEMUDA PAS PARIT SANTUN DAN KENANG JASA ‘FRONTLINER’

182
SHARE

Oleh Abu Muhammad

PARIT, 30 April – Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. Alhamdulillah, Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Parit bersama entiti naungannya, Jabatan Amal Malaysia (JAM) dan Alternative Riding Club (ARC) telah bersama menjayakan program ‘Singgah Sahur, Santuni Frontliner’ bersama anggota polis, kesihatan dan bomba sekitar Parlimen Parit.

Antara jabatan yang telah dilawati ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Parit, Balai Polis Parit, JBPM Seri Iskandar, dan Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah.

Turut dilawati, Hospital Changkat Melintang, Balai Polis Bota dan Pondok Pengawal Keselamatan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Program yang diketuai oleh Naib Yang DiPertua (NYDP) PAS Kawasan Parit, AF Ustaz Mohd Zahid bin Abu Bakar diiringi Ketua Pemuda DPPK, AF Ustaz Hanif bin Musa. Turut hadir, Saudara Shahril bin Ahrasa dan Badrul Hayad bin Ramly, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Parit.

Antara menu makanan yang telah diedarkan ialah nasi goreng dan paprik ayam. Selain itu, bungkusan buah kurma juga telah diagihkan.

Dalam kesempatan yang sama, AF Ustaz Mohd Zahid juga menyampaikan ucapan selamat hari raya, maaf zahir dan batin mewakili PAS Kawasan Parit kepada semua petugas barisan hadapan yang ditemui.