Home Berita PAS Perak

PAS jelajah surau Ramadan, santuni masyarakat

205
SHARE

Oleh : ROSLINA NOR

LUMUT, 30 April: PAS Kawasan Lumut memanfaatkan sepanjang bulan Ramadan dengan turun padang di surau-surau dan masjid sekitar Parlimen Lumut.

Jelajah diketuai Yang Dipertua PAS Kawasan Lumut (YDP), Rosli Abd Rahman telah turun ke setiap surau yang dijadualkan pada setiap hari serta turut menyertai aktiviti yang dianjurkan masyarakat serta penduduk kampung yang turut hadir.

Antara surau yang dapat dijelajahi Surau Al-Falah, Surau Tmn. Keris Bt.8, Lekir,
Masjid Al-Falah, Sg. Wangi,
Surau Al-Khairiah, Kg. Permatang dan Surau Aziziah, Batu 10, Lekir.

Rosli Abd Rahman berkata, zaman Baginda Nabi SAW serta sahabat ketika di akhir Ramadan ada dua suasana yang menyelebungi perasan mereka yang boleh dijadikan iktibar buat kita semua.

“Mereka sedih kerana Ramadan akan pergi dan akan bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah,” jelasnya ketika menyampaikan tazkirah di salah sebuah surau yang dikunjungi di Madrasah Safiah Al-Ahmadiah Batu 9 Lekir,

Beberapa majlis yang dihadiri, turut dijemput menyampaikan cenderahati kepada peserta tadarus, imam dan bilal terawih disamping beramah mesra bersama para jemaah sambil menjamu selera.

Kemuncak 28 Ramadan, PAS Lumut meluangkan masa berbuka puasa bersama jemaah Surau Ar-Rasyid, Kampung Lumut Kiri dan berterawih di Surau Taman Terus Maju.

Majlis khatam Al-Quran yang disertai turut dihadiri Orang Besar Jajahan Manjung, Toh Seri Bijaya Leftenan Kolonel Bersara Dato’ Shaharudin Nazari, Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) Lumut Kiri, Amirul Azmi serta Ahli Majlis Zon 8, Hamidun Ahmad merangkap Setiausaha PAS Lumut.