Home Rencana PAS Johor

Muslimat Tanjung Piai santuni ibu tunggal dan anak yatim dalam majlis khatam Al-Quran

155
SHARE

Oleh: Azizah Aziz

TANJUNG PIAI, 30 April – Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Kawasan Tanjung Piai telah menyantuni ibu tunggal dan anak-anak yatim melalui program khatam Al-Quran di sini, semalam.

Program yang dilaksanakan di Pusat Tarbiah PAS Kawasan Tanjung Piai, Kampung Maju Jaya Pekan Nanas telah dihadiri 36 keluarga yang melibatkan 105 anak yatim sekitar Tanjung Piai.

Menurut pengarah program yang juga merupakan Ketua Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Kawasan Tanjung Piai, Azizah Aziz, program bertujuan mengumpulkan asnaf di Tanjung Piai dan mendidik mereka untuk terus mengingati Allah menerusi bacaan Al-Quran walaupun dalam keadaan sibuk mencari rezeki.

Majlis yang sederhana turut diisi dengan tazkirah ringkas oleh Ketua Urusan ‘Ulamak, Ustaz Nordin Borhan dan bacaan doa oleh Ketua Lajnah Dakwah PAS Kawasan Tanjung Piai, Abdul Muhaimin Karim.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Kawasan, Aminuddin Abdullah dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat Erpah Talib.