Home Berita PAS Kedah

Singgah Sahur PAS Padang Terap Santuni Agensi Kerajaan

941
SHARE

28 Mei 2019- PAS Padang Terap bersama Dewan Pemuda PAS Padang Terap menyantuni beberapa agensi kerajaan sekitar pekan Kuala Nerang dalam program Singgah Sahur.

Program yang turut disertai ahli Kelab ARC dan Jabatan Amal ini bermula jam 2 pagi dengan penyediaan makanan dibuat secara gotong-royong di markas cawangan Kg Bukit Nyamuk.

Gerak dan singgah sahur bermula jam 3 pagi secara berkonvoi kereta dan mortosikal.Antara agensi kerajaan yang disantuni ialah JPAM Padang Terap, Hospital Kuala Nerang , Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap, Jabatan Bomba dan beberapa buah sekolah.

Yang Di Pertua PAS Kawasan, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya silaturahim antara pihak PAS dan agensi kerajaan dapat diperkukuhkan selain sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang sanggup berkhidmat kepada negara diwaktu malam hingga ke waktu pagi.