Home Kenyataan Media PAS Johor

Singgah Sahur : Edaran Makanan Menghidupkan Sunnah Bersahur

149 views
SHARE

Singgah Sahur : Edaran Makanan Menghidupkan Sunnah Bersahur

Tebrau 28 Mei – Dewan Pemuda bersama Dewan Muslimat PAS Kawasan Tebrau telah menganjurkan program edaran makanan “Singgah Sahur” di sekitar Parlimen Tebrau awal pagi tadi. Program dihadiri oleh AJK PAS Kawasan, ahli PAS serta guru-guru PASTI Al-Irfan Tebrau. Kehadiran Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin turut menyerikan program.

Petugas edaran telah mula berkumpul seusai terawih dan dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tebrau, Ustaz Dr Ezwan Rafiq Husin dan bacaan doa oleh Ustaz Abdullah Husin. Seterusnya, peserta dibahagi kepada dua kumpulan iaitu Dun Tiram dan Dun Puteri Wangsa.

Edaran pek makanan sahur bermula jam 1 pagi dan berakhir sekitar jam 3 pagi melibatkan beberapa tempat yang telah diziarahi iaitu balai-balai Polis Dun Tiram dan Dun Puteri Wangsa, dua buah Hospital di parlimen Tebrau, serta petugas Polis yang membuat sekatan jalan raya.

Rata-rata penerima terkejut dengan kehadiran petugas singgah sahur, namun gembira dan menyambut baik program yang diadakan. Selain berterima kasih, mereka turut mengharapkan adanya lagi program seperti ini agar sentiasa berasa dekat dengan PAS.

Program yang pertama kali dibuat di Tebrau ini bermatlamatkan menyantuni petugas shift malam selain memudahkan mereka menghidupkan sunnah bersahur. Kepimpinan PAS Kawasan berpuas hati dengan penglibatan petugas edaran dan seronok melihat respon penerima pada ukiran senyuman di wajah. Mereka bercadang untuk melebarkan skop edaran lagi pada Ramadhan akan datang.